HULU TERENGGANU: Penduduk di Projek Penyusunan Semula Kampung (PPSK) Felcra Gunung Menerong, dekat sini masih diselubungi kebimbangan kerana khuatir banjir kembali melanda berikutan ramalan banjir gelombang ketiga di Terengganu dijangka berlaku hingga 26 Disember ini. Tinjauan mendapati, penduduk juga risau insiden siren amaran banjir tidak berbunyi seperti yang berlaku pada 14 Disember lalu berulang sekiranya bencana melanda. Seorang penduduk, Norafidah Mohd, 33, berkata, dia belum memindahkan semula segala barangan yang diletakkan lebih tinggi di rumah kerana masih dalam keadaan berjaga-jaga dan hanya mengeluarkan barangan penting untuk kegunaan harian. Katanya, keadaan…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya