Bengang dituduh takut bela Palestin, Bunga percaya setiap orang ada cara tersendiri - Utusan Malaysia

Bengang dituduh takut bela Palestin, Bunga percaya setiap orang ada cara tersendiri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Bengang diserang komen yang menuduhnya ‘goyang’ atau takut menyuarakan isu Palestin, penyanyi, Bunga, menegaskan dirinya sudah lama berkongsi mengenai nasib malang yang menimpa rakyat negara itu sejak dulu lagi.

Bunga atau nama sebenarnya Noor Ayu Fatini Mohd Bakhari, 23, meminta warganet agar tidak semberono menghakimi dan menuduhnya tanpa usul periksa.

“Saya jenis baca komen, tutup mata dan abaikan. Tapi kali ini, saya kena bersuara sebab ia melibatkan nama dan maruah saya.

“Untuk pengetahuan umum, saya sudah lama bersuara mengenai isu Palestin dan Israel. Bukan hanya sekarang sahaja. Cuma mungkin ramai tidak tahu kerana tidak mengikutinya.

“Tapi janganlah disebabkan tidak tahu, kita beranggapan diri kita lagi hebat dari orang lain. Dua tiga komen begini saya boleh abaikan. Tapi kalau dah banyak, rasa-rasa kesabaran pun boleh hilang,” tulisnya menerusi satu perkongsian di Instastory.

Penyanyi Intan Payung itu juga mengingatkan bahawa setiap orang mempunyai cara tersendiri untuk menunjukkan solidariti mereka yang mungkin tidak diketahui kepada umum.

“Saudara kita berperang di sana demi maruah, bangsa dan tanah mereka. Kita di sini berperang untuk tengok siapa yang paling lantang bercakap tentang Israel dan Palestin.

“Semua orang berjihad dengan cara tersendiri. Ada orang mampu berdoa, beri sumbangan dan baca Yasin. Siapa kita untuk menilai? Jadi sebelum menulis apa apa, fikirlah dua tiga kali.

“Mungkin apa yang kita tidak tahu lebih banyak daripada apa yang kita tahu. Apa yang kita tulis dan cakap, melambangkan diri kita yang sebenar. Jadi hati-hati bila berkata, sebab ia dihitung satu hari nanti,” jelasnya.

Sebelum ini, Bunga mengakui perasaannya terganggu kerana sering menerima komen yang menghentam dan mengatakan dirinya takut menyuarakan isu Palestin hanya kerana gadis itu merupakan penyanyi di bawah label Warner Music Malaysia.

Terdahulu, berlaku kontroversi antara syarikat rakaman Warner Music Malaysia yang mengumum membatalkan kontrak rakaman bersama penyayi, Kaka Azraff.

Kaka walau bagaimanapun mengatakan tidak ada sebab pembatalan kontrak yang jelas diberikan syarikatnya itu namun tidak menafikan komen menyokong Palestin yang dikirimnya kepada seorang pelakon pro-Israel mungkin menjadi punca utama.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya