Bau busuk air banjir termenung mengundang penyakit bawaan air

Bau busuk air banjir termenung mengundang penyakit bawaan air

PENDUDUK menunjukkan kawasan rumahnya masih ditenggelami banjir termenung di Kampung Tersang, Rantau Panjang, Kelantan-UTUSAN/ROHANA ISMAIL.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

RANTAU PANJANG: Penduduk di Kampung Tersang di sini mendakwa bau busuk air banjir temenung yang belum surut mengundang rasa kurang senang selain berdepan dengan penyakit bawaan air.

Tinjauan Utusan Malaysia mendapati, kawasan kediaman penduduk masih ditenggelami air berwarna hitam sedalam 0.3 meter.

Seorang penduduk, Sakri Che will, 45, berkata, situasi itu menyebabkan dia berdepan masalah gatal pada bahagian kulit selepas meredah air banjir termenung untuk pulang ke rumah.

Katanya, motosikal dan kenderaan tidak dapat masuk ke pekarangan rumah disebabkan situasi tersebut.

“Saya bimbang jika banjir termenung tidak surut, besar kemungkinan penduduk terdedah dengan ancaman demam denggi,” katanya ketika ditemui di sini semalam.

Sementara itu, Sanah Ya, 58, berkata, walaupun sudah lebih dua minggu air banjir yang masuk ke pekarangan rumahnya belum surut.

Katanya, situasi itu menyebabkan penduduk terpaksa membina titi bagi mengelakkan daripada meredah air kotor tersebut.

“Lintah dan cacing banyak di dalam air banjir ini. Jadi ia boleh membawa penyakit bawaan air sekiranya banjir ini lambat surut,” katanya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN