Bapa Safawi Rasid meninggal dunia - Utusan Malaysia

Bapa Safawi Rasid meninggal dunia

SAFAWI Rasid bergambar kenangan bersama bapanya, Rasid Sulong.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN: Bapa kepada pemain bola sepak Johor Darul Ta’zim, Safawi Rasid meninggal dunia, awal pagi tadi. 

Berita duka tersebut dikongsikan Safawi menerusi  akaun Intagram miliknya. 

“Mohon sedekahkan Al-Fatihah kepada Ayah saya yang telah pergi menemui ilahi sebentar tadi dan semoga beliau dicucuri rahmat. Al-Fatihah (Rasid bin Sulong),” tulisnya ringkas. 

Bagaimanapun, Safawi tidak berkongsi masa dan punca kematian bapanya. 

Khabar duka itu turut dikongsikan isterinya, Syifa Melvin menerusi akaun Instagram. 

“Abah telah kembali ke negeri abadi, rehatlah Abah, sehingga berjumpa di syurga nanti…Al Fatihah,” tulisnya. 

Bagaimanapun, Utusan Malaysia difahamkan, Allahyarham bapanya meninggal dunia di kediamannya di Kampung Bukit Chatak, di sini dan akan dikebumikan di tanah perkuburan berhampiran selepas solat Jumaat. – UTUSAN 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya