Bantuan misi ketiga Ops Ihsan selamat tiba di Mesir

Bantuan misi ketiga Ops Ihsan selamat tiba di Mesir

SUASANA bantuan misi ketiga Ops Ihsan yang selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa El-Arish, Mesir. - FOTO IHSAN SEKRETARIAT OP IHSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Pesawat MASKargo yang membawa 60 tan barangan bantuan misi ketiga Ops Ihsan selamat tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa El-Arish, Mesir pada hari ini.

Pengerusi Sekretariatnya, Jismi Johari berkata, pesawat sewa khas jenis Airbus A330-200 itu mendarat di sana pukul 7.50 pagi waktu tempatan (1.50 tengah hari waktu Malaysia).

“Ia malahan tiba satu jam lebih awal daripada jangkaan asal dengan tempoh penerbangan mengambil masa hampir 11 jam,” katanya ketika dihubungi bagi mengulas situasi misi itu.

Semalam, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah telah berkenan mencemar duli bagi menyaksikan persiapan akhir misi bantuan itu di Terminal Kargo KLIA, Sepang dekat sini.

Misi pertama dilaksanakan pada 3 November lalu yang melibatkan muatan seberat 20 tan manakala kali kedua pula diadakan genap seminggu kemudian dengan berat cuma 16 tan.

Mengulas lanjut, Jismi berkata, proses untuk membawa keluar segala barangan daripada pesawat itu yang bernilai kira-kira RM3 juta dilaporkan memakan masa selama tiga jam.

“Ketibaan pesawat ini disambut oleh para pegawai operasi pengendalian darat terminal udara di El-Arish bersama-sama petugas Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir,” tambahnya.

Barangan diterima badan tersebut ujar beliau, akan dibawa pula masuk ke Gaza melalui pintu sempadan Rafah sebelum diserahkan kepada Persatuan Bulan Sabit Merah Palestin.

Bantuan misi kali ini jelasnya, melibatkan pelbagai jenis ubat-ubatan, peralatan perubatan, produk makanan, keperluan bayi dan wanita serta barangan bagi persiapan musim sejuk.

Beliau turut menzahirkan perasaan syukur dan berterima kasih kepada semua pihak yang terlibat sama ada secara langsung atau tidak dalam usaha penghantaran kali ketiga itu dengan usaha bersepadu Kementerian Luar dan agensi kerajaan dengan lebih 60 badan bukan kerajaan.  – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.