Banjir: 14 jalan di Hulu Terengganu ditutup - Utusan Malaysia

Banjir: 14 jalan di Hulu Terengganu ditutup

KEADAAN Jalan Persimpangan Paya Besar, Hulu Terengganu yang ditutup kepada semua kenderaan selepas dinaiki air, hari ini. - UTUSAN/NOOR HAYATI MAMAT
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

HULU TERENGGANU: Sebanyak 14 jalan dekat daerah ini ditutup kepada kenderaan setelah ditenggelami air sedalam 0.25 hingga 1.25 meter (m) susulan banjir gelombang ketiga secara berperingkat sejak Sabtu lalu.

Pemangku Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superintenden Raja Saripah Robiah Raja Sulaiman berkata, setakat pukul 8 pagi tadi, sebanyak 12 jalan ditutup kepada semua kenderaan manakala dua ditutup untuk kenderaan ringan.

“Jalan Kampung Jak yang dinaiki air sedalam 1.25m sepanjang 350m ditutup kepada semua kenderaan. Begitu juga dengan Jalan Kampung Pengkalan Ajal melibatkan laluan sejauh 300m dengan paras air 1.1m.

“Selain itu, jalan yang ditutup bagi semua kenderaan turut melibatkan laluan sejauh 250 meter di Jalan Kampung Batu 24 serta Jalan Kampung Nibong dan Jalan Kampung Bukit Tadok-Paloh Nyior yang dinaiki air 0.5m sejauh 200m.

“Laluan lain yang turut ditutup kepada semua kenderaan juga ialah Jalan Kampung Tapah Felcra Bukit Kapah, Jalan Kampung Kepah-Kuala Ping, Jalan Kampung Felca Pasir Pelata, Jalan Kampung Pereh-Menerong, Jalan Kampung Felcra Bentong, Jalan Kampung Kua – Pengkalan Ajal serta Jalan Persimpangan Paya Besar, ” katanya ketika dihubungi di sini, pagi ini.

Beliau memberitahu, jalan ditutup kepada kenderaan ringan pula ialah Jalan Paya Besar yang dinaiki air sejauh 300 meter serta Jalan Kampung Lubuk Periuk-Kampung Felda Mengkawang membabitkan laluan sejauh 100m.

“Pengguna jalan raya yang melalui jalan-jalan tersebut dinasihatkan mematuhi arahan yang dikeluarkan pihak berkuasa untuk mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku,” ujarnya.

Tambahnya, setakat pukul 8 pagi ini, sebanyak 34 pusat pemindahan sementara (PPS) telah dibuka di daerah ini bagi menempatkan seramai 3,005 mangsa daripada 874 keluarga yang terjejas banjir. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya