Aufahanie masuk dapur seawal umur 9 tahun - Utusan Malaysia

Aufahanie masuk dapur seawal umur 9 tahun

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perpisahan ibu bapa sejak kecil membuatkan penyanyi, Aufahanie, sudah terbiasa berdikari dan mengurus keperluan rumah.

Aufa atau Nur Aufahanie Mokhtar, 20, berkata rutin memasak untuk keluarga sudah pun dilakukan semasa dirinya masih dibangku sekolah rendah lagi.

“Ibu bapa saya sudah berpisah ketika usia saya sembilan tahun. Jadi, apabila tinggal bersama bapa dan adik-beradik lain, tugas mengemas dan memasak memang saya buat sejak kecil.

“Cuma waktu umur sembilan tahun itu, saya hanya masak lauk yang mudah sahaja. Lama-kelamaan saya belajar menerusi google atau sesekali telefon ibu bertanya resepi.

“Buatlah sampai menjadi sehingga saya tidak perlu lagi memasak sambil melihat resepi,” katanya.

Penyanyi Geming Jiwa itu berpendapat, sesiapa sahaja, tanpa mengira had umur atau jantina, boleh mempelajari kemahiran mengurus rumah dan memasak.

“Bagi saya kemahiran masak atau siang ikan boleh dipelajari secara perlahan-lahan. Ada yang sebelum kahwin tidak pernah masuk dapur langsung sebab semua benda emak buatkan.

“Lebih-lebih lagi emak pula jenis perfectionist tidak suka mereka diganggu di dapur. Jadi, lepas kahwin barulah dia berpeluang nak belajar masak atau siang ikan.

“Pada saya, itu semua tiada masalah, sesiapa pun boleh belajar,” katanya lagi.

Bercakap mengenai perkembangan terkini, finalis Big Stage musim kelima itu bakal menyambung pelajaran di sebuah universiti swasta bermula tahun hadapan.

“Sebelum ini saya pernah belajar di sebuah universiti kerajaan. Namun atas sebab-sebab tertentu, saya tidak dapat meneruskan pengajian di sana dan memberi fokus kepada bidang nyanyian.

“Sebenarnya, memang sudah lama saya bercita-cita ingin menggenggam ijazah, jadi 2024 adalah masanya untuk saya kembali mengejar impian itu tanpa mengenepikan kerjaya saya sebagai penyanyi,” tambahnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya