JAKARTA: Pelakon dan pengacara popular Indonesia, Raffi Ahmad gembira apabila rakan artis, Bunga Citra Lestari memilih untuk bernikah lagi biarpun ada yang masih sukar menerima kenyataan itu.
Jelasnya, kepergian suaminya, Ashraf Sinclair sebelum ini telah membuatkan Bunga atau mesra disapa BCL melalui hari-hari sukar dan kini, dia juga mahu bahagia menjalani kehidupan baharunya bersama Tiko Aryawardhana.
“Gembira sekali melihat dia kembali bergelar isteri. Seorang manusia itu, pasti sukar menjalani kehidupannya sendiri.
“Dia juga pasti tidak akan pernah menghilangkan memori bersama Allahyarham Ashraf. Pasti akan selalu di hatinya tetapi hidup perlu terus berjalan,” ujar Raffi memetik laporan Kompas.com.
Dalam pada itu, Raffi berkata, kehadiran keluarga Allahyarham Ashraf termasuk ibu dan bapanya membuktikan sokongan mereka terhada keputusan BCL untuk bernikah lagi.
“Keluarganya, adik Allahyarham semua hadir. Tiko juga kalau kita lihat sangat menghormati kedua ibu bapa Allahyarham Ashraf. Itu tandanya semuanya ikhlas menerima takdir,” ujar pelakon Once Upon a Time in Indonesia itu.
Raffi sebelum itu meminta maaf kerana tidak dapat hadir ke majlis pernikahan tersebut kerena menyertai acaran alrian di Singapura.










