TEMERLOH: Penyanyi dan penyelidik lagu-lagu rakyat Melayu tersohor, Datuk Aripin Said terus berkarya menghasilkan album single Lagu Angin dua versi dalam satu cakera padat (CD) untuk edaran pasaran tempatan dan luar negara. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Aripin yang juga Perunding Penyelidikan dan Pembangunan Budaya Melayu Antarabangsa berkata, lagu-lagu rakyat seni warisan kreatif begitu tinggi nilainya yang memberi gambaran struktur masyarakat zaman silam. Tegasnya, beliau komited untuk terus kekal menerajui lagu-lagu rakyat sebagai rujukan lebih 3,000 universiti dan sarjana antarabangsa dalam bidang ethno musikologi. “Penghasilan lagu-lagu rakyat yang membawa banyak maksud…
Sila Log Masuk atau Langgan untuk membaca berita sepenuhnya