Anwar kunjungi Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

Anwar kunjungi Program Setahun Bersama Kerajaan Madani

ANWAR Ibrahim tiba di program Setahun Bersama Kerajaan Madani di pekarangan Stadium Nasional Bukit Jalil, di sini hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengambil peluang mengunjungi program Setahun Bersama Kerajaan Madani di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini hari ini.

Beliau hadir kira-kira pukul 11 pagi dengan mengadakan sesi berjalan-jalan bersama para pengunjung.

Ketibaan beliau disambut oleh Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil; Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh; Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Adam Adly dan Timbalan Menteri Kewangan, Ahmad Maslan serta beberapa pemimpin kerajaan lain.

Anwar sempat mengunjungi reruai Kementerian Komunikasi Digital, Kementerian Belia dan Sukan, Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi, Kementerian Pembangunan Kerajaan Tempatan dan Kementerian Pengajian Tinggi.

Selain itu, Anwar juga mengunjungi reruai di perkarangan stadium seperti reruai Kementerian Pertahanan dan reruai Jabatan Pengangkutan Jalan.

Sebanyak 36 reruai kaunter perkhidmatan disediakan daripada pelbagai kementerian dan agensi yang menawarkan sebanyak 102 perkhidmatan secara langsung kepada pengunjung.

Program Setahun Bersama Kerajaan Madani diadakan untuk menyebar luas dan mempromosikan dasar dan inisiatif baharu yang diperkenalkan kepada rakyat oleh Kerajaan Perpaduan sejak mengambil alih pentadbiran negara pada 24 November tahun lalu.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya