'Adakah produktiviti punca gaji pekerja rendah?'  

‘Adakah produktiviti punca gaji pekerja rendah?’  

NOOR AZLAN GHAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR : Reformasi yang cuba dilakukan kerajaan dalam pasaran buruh perlu disambut positif, namun perlu berhati-hati dalam menentukan tatacaranya supaya tidak mendatangkan permasalahan atau bebanan baharu dalam perkara itu.

Pengarah Institut Pembangunan dan Kemajuan Inklusif Malaysia, UKM (MINDA- UKM), Prof. Tan Sri Dr. Noor Azlan Ghazali berkata, dalam melaksanakan perkara tersebut, punca dan permasalahan yang dihadapi perlu difahami sejajar dengan dasar-dasar makro lain sebelum ia diterima sebagai satu dasar baharu.

Beliau berkata, projek rintis Dasar Gaji Progresif (DGP) adalah satu eksperimentasi untuk menilai dan memahami dengan lebih mendalam pengoperasian dan keberhasilannya sekiranya dilaksanakan kelak. 

“Saya meneliti Bab 1 Kertas Putih DGP (KP) yang menjelaskan status penggajian dan pasaran buruh di negara kita. 

“Fakta-fakta ini seharusnya menjuruskan kepada DGP sebagai penyelesaian kepada gaji yang rendah. Hati-hati dalam membandingkan penengah gaji bulanan pekerja dengan penengah pendapatan isi rumah,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Menurut Noor Azlan lagi, lebih tiga juta pekerja menerima gaji kurang daripada penengah Pendapatan Garis Kemiskinan iaitu (PGK) RM2,589, namun ia tidak boleh dibandingkan secara langsung.

Jelasnya, PGK merujuk kepada  ‘pendapatan isi rumah’, lebih luas takrifannya (merangkumi pendapatan dari gaji, dari bekerja sendiri, dari harta dan pelaburan dan juga dari pindahan yang diterima) serta merujuk kepada sebuah isi rumah (3.8 orang) bukannya seorang pekerja.

“Oleh sebab itu penengah pendapatan isi rumah 2022 ialah RM6,338, sekitar 2.6 kali lebih besar dari penengah gaji bulanan RM2,424. Pendapatan melebihi PGK belum menjamin keselesaan, cuma tidak miskin. Gaji adalah subset kepada pendapatan.

“Dengan gaji penengah 2022 sebanyak RM2,424, sangat jelas herotan berlaku kepada kumpulan berpendapatan sederhana-rendah ke bawah atau separa mahir dan tidak mahir berbanding dengan kumpulan mahir, gaji mereka naik dengan kadar yang perlahan, seolah malar,” ujarnya.

Dalam hal ini jelas Noor Azlan lagi, ia menimbulkan persoalan mengapa gaji kumpulan tersebut rendah, dan adakah produktiviti merupakan faktor yang menyebabkan punca gaji rendah.

Beliau mempersoalkan adakah status pasaran buruh yang dijelaskan dalam KP menjurus kepada cadangan DGP untuk kerajaan memberi subsidi gaji kepada majikan yang diikat dengan komitmen meningkatkan produktiviti, sebagai penyelesaian untuk meningkatkan gaji pekerja.

Katanya, pertumbuhan produktiviti tahun 2020-2021 (-5.3 peratus dan 2 peratus) perlu ditakrif dengan berhati-hati kerana pada tempoh itu negara menghadapi krisis pandemik Covid-19  dan pertumbuhan 2022 yang melonjak 5.4 peratus juga turut dipengaruhi dengan asas yang rendah.

“Nilai tambah per pekerja 2022 mencecah RM95,858, tertinggi sejak 2015. Sejak 2015, produktiviti meningkat (kecualikan tahun 2020-2021) tetapi impaknya ke atas gaji pekerja tidak ketara. Mengapa?

“Malah nilai tambah per pekerja 2022 adalah lebih tinggi dari tahun sebelum pandemik 2019 (RM94,138) tetapi penengah gaji bulanan 2022 (RM2,424) adalah lebih rendah dari 2019 (RM2,442)? Apa yang boleh kita simpulkan? Ini satu paradoks yang menjurus kepada nilai produktiviti oleh majikan (demand-side),” ujarnya lagi.

Untuk rekod dalam Laporan Tahunan 2018, Malaysia dirujuk kepada kepincangan pasaran buruh di mana berlaku ketidakselarian gaji berbanding produktiviti.

Menurut BNM, gaji pekerja Malaysia adalah lebih rendah, malah lebih merisaukan adalah pada 2015, majikan di Malaysia gaji meningkat melebihi daripada perspektif kenaikan gaji oleh pekerja.

“Sekali lagi punca gaji rendah bukan kerana produktiviti rendah tetapi lebih kepada ‘demand-side’, majikan di Malaysia. Produktiviti pekerja tidak mendapat gaji yang setimpal. Pasaran buruh di Malaysia tidak memberi nilai dan ganjaran sewajarnya kepada produktiviti pekerja.

“Kumpulan ini bekerja tetapi tidak mendapat gaji yang setimpal dengan kelulusan mereka.

“Kertas putih DGP juga melaporkan pada tahun 2022, hanya 83,070 pekerjaan berkemahiran (48,600 jawatan kosong dan 34,470 pengwujudan pekerjaan baharu) yang wujud untuk diisi oleh 282,038 graduan yang dihasilkan. Hampir 200,000 lebih rendah dari bilangan graduan yang dihasilkan,” katanya. – UTUSAN

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.