KULAI: Sebanyak 44 kawasan titik panas kerap berlaku banjir kilat di daerah Johor Bahru akan diberi tumpuan untuk diselesaikan secara bersepadu. Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Pengangkutan dan Infrastruktur negeri, Mohamad Fazli Mohamad Salleh berkata, pihaknya menyasarkan sekurang-kurangnya menyelesaikan masalah banjir kilat di 10 lokasi itu pada tahun depan. Katanya, antara lokasi yang dikenal pasti ialah kawasan Ayer Molek, bulatan Mount Austin dan kawasan kampung berhampiran Lebuh raya Skim Penyuraian Trafik…










