11 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya - Utusan Malaysia

11 sungai di Terengganu lepasi paras bahaya

DUA kanak-kanak bermain air dalam kejadian banjir di Kampung Pengkalan Ajal, Hulu Terengganu, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU : Sebanyak 11 batang sungai di enam daerah di Terengganu masih melepasi paras bahaya setakat pukul 12 tengah hari ini.

Jurucakap Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Terengganu berkata, daripada jumlah itu, empat sungai terletak di daerah Hulu Terengganu, dua di Setiu, dua di Kemaman, satu di Kuala Terengganu, satu di Besut dan satu di Dungun.

Menurutnya, di Hulu Terengganu, Sungai Berang di Kampung Menerong merekodkan bacaan setinggi 25.70 meter (m)berbanding paras bahaya 24.5m, Sungai Peneh di Felda Mengkawang setinggi 37.91m (paras bahaya 37.5 meter), Sungai Telemong di Kuala Ping iaitu 20.93m (paras bahaya 19.70m) dan Sungai Tersat di Kampung Sekayu iaitu 22.39m (paras bahaya 21m).

Katanya, di Setiu, stesen bacaan Sungai Nerus di Kampung Bukit merekodkan bacaan setinggi
13.72m berbanding paras bahaya manakala Sungai Setiu di Jambatan Permaisuri ialah setinggi 9.12m (paras bahaya 8.8m).

“Sementara itu, di Besut, Sungai Besut di Jambatan Keruak merekodkan bacaan 35.10m berbanding paras bahaya 35m manakala stesen Kampung La, sungai yang sama merekodkan bacaan 22.16m (paras bahaya 21.8m).

“Di Kemaman pula, Sungai Tebak di Jambatan Tebak, merekodkan bacaan setinggi 18.57m (paras bahaya 18.50m) manakala Sungai Kemaman di Jambatan Air Putih ialah 14.19m (paras bahaya 14m).

Selain itu, tambahnya, Sungai Dungun di Jambatan Jerangau (daerah Dungun) pula setinggi 14.04 meter (paras bahaya 12.50 meter) manakala Sungai Terengganu di Jambatan Kuala Terengganu merekodkan bacaan 2.27 meter (paras bahaya 1.80 meter).

Dalam pada itu, menurutnya, dua stesen bacaan di dua daerah pula masih melepasi paras amaran iaitu Sungai Besut di Jambatan Jerteh (Besut) dan Sungai Dungun di Pasir Raja (Dungun).

“Lima lagi stesen bacaan pula merekodkan bacaan sungai melebihi paras berjaga-jaga iaitu
Sungai Setiu di Kampung Bukit (Setiu), Sungai Chalok di Jambatan Chalok (Setiu), Sungai Nerus di Kampung Jeram (Kuala Nerus), Sungai Marang di Jambatan Pengkalan Berangan (Marang) dan parit utama di Padang Kemunting (Kuala Nerus),” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya