1,000 mangsa banjir Kelantan masih di PPS

1,000 mangsa banjir Kelantan masih di PPS

PENDUDUK kembali semula ke PPS selepas banjir kembali melanda di Kampung Padang Licin, Rantau Panjang, Kelantan. – UTUSAN/KAMARUL BISMI KAMARUZAMAN.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Hujan lebat sejak awal pagi semalam menyaksikan jumlah mangsa banjir di negeri kembali bertambah kepada 1,340 dan setakat pukul 4 petang kelmarin kesemua mangsa dari 365 keluarga itu sedang berlindung di 13 buat pusat pemindahan sementara (PPS).

Sekretariat Pengurusan Ben­cana negeri berkata, Tanah Merah, Jeli dan Gua Musang menjadi jajahan terbaru yang dilanda banjir selepas Pasir Mas.

“Daripada jumlah tersebut, Pasir Mas kekal menjadi daerah paling ramai menempatkan mangsa banjir iaitu 719 orang yang berlindung di tiga PPS iaitu Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Periok, SK Gual To’Deh dan Madrasah Padang Licin.

“Sementara di Jeli pula seramai 496, Tanah Merah (103) dan Gua Musang (22),” katanya dalam satu kenyataan di sini semalam.

Sementara itu dua batang sungai iaitu Sungai Kelantan di Dabong, Kuala Krai dan Kuala Besar di Kota Bharu melepasi paras bahaya.

Sungai Pergau Kuala Balah di Jeli, Sungai Kelantan di Tangga Krai (Kuala Krai) dan Sungai Lanas (Jeli), Sungai Golok di Rantau Panjang dan Sungai Semerak (Jambatan Melor, Bachok) berada pada bacaan amaran.

Sementara itu, di GUA MUSANG: Lebih 300 pengguna Jalan Gua Musang-Lojing di Pos Blau di sini, terkandas enam jam selepas laluan berkenaan dilimpahi air sungai susulan hujan lebat sejak malam tadi.

Kejadian pukul 6 pagi itu menjejaskan perjalanan pengguna yang mahu ke Cameron Highlands, Pahang dan Ipoh Perak.

Seorang pengguna jalan, Chia Yon Chan, 30, berkata, dia bersama tiga lagi ahli keluarga yang lain dalam perjalanan menuju ke Cameron Highlands, Pahang untuk bercuti. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN