YBR sumbang RM100,000 bantu pelajar B40 UKM

YBR sumbang RM100,000 bantu pelajar B40 UKM

DARI kiri: Pengurus Besar YBR, Syaiful Rizal Abdul Ghani, Syahredzan Johan, Mohamad Abd. Razak; Ketua Pustakawan UKM, Rohaya Umar; Timbalan Pengarah Perkhidmatan Inklusif (HEP), Dr. Nurwina Akmal Annuar di sesi penyerahan mock-up cheque Bantuan Awal Pengajian UKM. - FOTO/IHSAN YBR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Yayasan Bank Rakyat (YBR) hari ini menyalurkan Bantuan Awal Pengajian (BAP) sebanyak RM100,000 kepada 100 orang pelajar B40 Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) bagi meneruskan pengajian.

Mereka yang kurang berkemampuan itu terdiri daripada pelajar semester 1 hingga 3 di peringkat Diploma dan Ijazah Sarjana Muda yang menerima peruntukan sebanyak RM1,000 setiap seorang.

Pengerusi Lembaga Pengarah UKM, Profesor Emeritus Datuk Dr. Mohamad Abd. Razak berkata, pelbagai inisiatif telah diambil dengan melibatkan pertubuhan-pertubuhan, sektor korporat dan individu untuk bersama sebagai penyumbang kepada universiti dalam bentuk penyediaan ruang pembelajaran baharu yang kondusif, kelengkapan peralatan, sumbangan berbentuk dana wakaf bagi
pembangunan fizikal serta serahan koleksi-koleksi peribadi melibatkan bahan-bahan nadir yang bernilai tinggi.

“Terima kasih YBR antara pertubuhan bukan kerajaan yang amat prihatin telah mewujudkan Serambi Ilmu Rakyat serta memberi bantuan tunai kepada para pelajar UKM dalam meneruskan pengajian dan enam pengasas awal UKM juga turut hadir dan menyerahkan bahan untuk simpanan arkib dan muzium UKM bagi rujukan kepada pelajar-pelajar UKM,” katanya dalam kenyataan.

Dalam majlis sama, YBR melalui Perpustakaan Digital Serambi Ilmu Rakyat (SIR Corner) turut menyumbangkan set kelengkapan ‘SIR Corner’ kepada perpustakaan Tun Seri Lanang UKM bagi memanfaatkan seluruh pelajar UKM dalam mendapatkan maklumat terkini serta bahan-bahan bacaan ilmiah secara digital.

YBR juga memperuntukkan sebanyak RM350,000.00 setiap tahun untuk langganan dan pangkalan data bahan-bahan digital SIR dari pihak pembekal yang bertujuan menggalakkan tabiat membaca buat pelajar-pelajar dan masyarakat tanpa sempadan masa dan lokasi.

Dalam kenyataan sama, Ahli Parlimen Bangi, Syahredzan Johan menyifatkan, YBR sentiasa proaktif dalam memberikan bantuan kepada golongan yang tidak bernasib baik terutamanya B40 untuk mendapat kualiti pendidikan sama seperti mereka yang lain.

Tambah beliau, inisiatif untuk memperkasakan mutu pendidikan tidak hanya memberi fokus terhadap pelajar, namun suasana pembelajaran di universiti juga harus diberi penekanan kerana dengan sumber yang mencukupi pelajar akan lebih selesa dan mudah untuk membuat capaian maklumat.

“Saya berharap bantuan ini sedikit sebanyak dapat mengurangkan bebanan pelajar untuk meneruskan semester pengajian dan juga sebagai pemangkin untuk berusaha mendapat keputusan yang cemerlang di masa akan datang,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya