SUNGAI PETANI: Bapa kepada salah seorang kanak-kanak yang ditemukan lemas di sebuah kolam udang hanya bertawakal ketika menarik pukat di dalam kolam tersebut ke tebing dalam kejadian di Kampung Sungai Emas Hujung, Kota Kuala Muda, di sini, petang ini. Dalam kejadian kira-kira pukul 2 petang itu, Mohd. Ali Abdul Rahman, 48, berkata, anaknya, Muhammad Aidil Adha, 5, bersama anak saudaranya, Muhammad Syafiq Amsyar Abdul Syahid, 3, ditemukan lemas selepas mereka…











