Wujudkan dasar pandang ke Timur, tumpu potensi Sabah, Sarawak

Wujudkan dasar pandang ke Timur, tumpu potensi Sabah, Sarawak

EWON Benedick (tengah) menyempurnakan simbolik perasmian Karnival UDA Sabah di Kota Kinabalu semalam
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan perlu memberi fokus dalam membangunkan ekonomi Sabah dan Sarawak dengan mewujudkan ‘Dasar Pandang ke Timur dalam negara’.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata, dasar sebegitu akan membolehkan kerajaan memberi tumpuan tambahan bagi membangunkan Malaysia Timur sebagai pusat ekonomi baharu.

Beliau berkata, pentadbiran terdahulu pernah menjadikan negara Jepun sebagai asas dan contoh dalam membangunkan negara melalui Dasar Pandang ke Timur.

“Jika Indonesia boleh meletakkan wawasan dan fokus besar membangunkan Kalimantan sebagai ibu kota Nusantara mereka, jika Sarawak sudah berada jauh di depan dalam ekonomi berasaskan teknologi hijau dan industri air dan sudah tentu Sabah juga mempunyai potensi untuk dibangunkan.

“Itu sebabnya saya cadangkan agar dasar pandang ke timur dalam negara dapat dibangunkan agar Sabah dan Sarawak boleh dijadikan pusat ekonomi baharu negara seperti pusat-pusat ekonomi di Semenanjung dibangunkan selama ini,” katanya semasa merasmikan Karnival UDA Sabah semalam.

Ewon, yang juga Ahli Parlimen Penampang itu berkata, wawasan dan dasar baharu yang dicadangkan itu selaras dengan semangat kebersamaan Sabah dan Sarawak dalam Persekutuan Malaysia.

“Kita semua tahu bahawa tanpa Sabah dan Sarawak tidak mungkin negara Malaysia wujud pada tahun 1963.

“Justeru, wawasan kita bukan hanya menuntut Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) dilaksanakan tetapi, kita mahu satu tumpuan yang lebih baik melibatkan kerjasama lebih padu antara kerajaan Persekutuan dan kerajaan negeri bagi membangunkan sektor ekonomi dan keusahawanan di Sabah,” katanya.

Mengulas lanjut katanya, antara sektor yang berpotensi untuk dibangunkan di Sabah adalah pelancongan dan pertanian pintar.

“Kita boleh bangunkan pertanian pintar di Sabah memandangkan kita mempunyai tanah yang luas. Kita mempunyai populasi penduduk yang agak besar dan berjiran dengan Kalimantan, Indonesia yang sedang membina kekuatan ekonomi di kawasan Kepulauan Borneo.

“Malah, pertanian juga antara lapan fokus pembangunan perusahaan, mikro, kecil dan sederhana (PMKS) di negara kita. Itu sebabnya saya ingin melihat Sabah menyahut tumpuan ini,” katanya.

Beliau berkata, sektor pertanian antara tumpun kerajaan Sabah selama ini bagaimanapun ia boleh ditambahbaik bagi menjadi pertanian pintar. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya