Warga Nepal culik kanak-kanak disambung reman

Warga Nepal culik kanak-kanak disambung reman

SUSPEK mendukung kanak-kanak terbabit sambil mengacukan pisau di leher mangsa dalam kejadian di hadapan sebuah kedai makan di Pekan Jeniang, Gurun.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SUNGAI PETANI: Lelaki warga Nepal yang ditahan polis kerana melarikan kanak-kanak perempuan berusia tiga tahun dalam kejadian di pekan Jeniang, Ahad lalu akan disambung reman esok.

Ketua Polis Daerah Kuala Muda, Asisten Komisioner Zaidy Che Hassan berkata, tempoh reman lima hari lelaki berumur 26 tahun itu tamat hari ini. 

“Permohonan reman baru akan dibuat untuk membolehkan pihak polis meneruskan siasatan di bawah Seksyen 363 Kanun Keseksaan dan Seksyen 6 Akta Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.

“Kita juga telah menyerahkan kertas siasatan ke pejabat Timbalan Pendakwa Raya dan menunggu arahan lanjut untuk proses seterusnya,” katanya ketika dihubungi di sini, hari ini.

Akhbar ini pada Ahad lalu melaporkan, tindakan suspek melarikan kanak-kanak terbabit sambil mengacukan pisau pada leher memakan diri apabila dia berjaya ditahan orang ramai sebelum diserahkan kepada polis.

Kejadian pada pukul 7.10 pagi berlaku semasa bapa mangsa berumur 31 tahun mahu membayar dan mengambil tempahan roti canai di sebuah kedai di situ sementara anaknya ditinggalkan di atas motosikal yang berjarak kira-kira enam meter dari kedai itu.

Suspek yang merupakan seorang pekerja kilang di Sungai Lalang didapati telah melarikan diri daripada majikannya dan bertindak demikian kerana terlalu tertekan dengan hidup selain berada dalam keadaan kelaparan kerana sudah beberapa hari tidak makan. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya