KUALA LUMPUR: Seorang pembantu klinik mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Ampang dekat sini atas pertuduhan membuat hantaran jelik untuk membunuh Tan Sri Muhyiddin Yassin, pada hari yang sama beliau dilantik sebagai Perdana Menteri Kelapan, tiga tahun lalu. Bagaimanapun tertuduh Tai Zee Zing, 31, yang merupakan rakyat tempatan bertugas di Singapura meminta dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Wan Mohd. Norisham Wan Yaakob. Mengikut pertuduhan, Zee Zing didapati…










