Wahab hanya saksi, tiada keperluan keluar waran tangkap -KPN

Wahab hanya saksi, tiada keperluan keluar waran tangkap -KPN

ABDUL WAHAB ABDUL KADIR JILANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tiada keperluan untuk Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengeluarkan waran tangkap terhadap pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-KOM) Abdul Wahab Abdul Kadir.

Memberitahu Utusan Malaysia, Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain berkata, Abdul Wahab hanya merupakan saksi penting berhubung siasatan video rakaman video perbualannya dengan Ketua Pengarah J-KOM, Datuk Mohammad Agus Yusoff.

Malah, kata beliau, Abdul Wahab juga masih berada dalam negara.

“Kita (polis) sudah berhubung dengan beliau melalui peguamnya, kita akan menetapkan satu tarikh lain bagi mengambil keterangan Abdul Wahab,”katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Terdahulu, Peguam Abdul Wahab Abdul Kadir mengesahkan pegawai penolong pegawai Jabatan Komunikasi Komuniti (J-Kom) itu akan memberi keterangan kepada pihak polis dalam masa terdekat ini.

Memberitahu Utusan Malaysia, peguamnya, Faizal Rahman berkata, keadaan Abdul Wahab setakat ini agak tertekan dan memerlukan masa untuk tampil kepada pihak polis bagi diambil keterangan. 

“Pihak kami sentiasa berhubung dengan pihak polis khususnya pegawai penyiasat berkaitan kes ini .

“Sepatutnya keterangan Abdul Wahab diambil semalam, namun, dia mengalami kemurungan melampau dan sedang mendapatkan rawatan,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini

Faizal Rahman berkata, keadaan ini menyebabkan anak guamnya terpaksa menjadualkan semula pertemuannya dengan polis untuk memberikan keterangan.

“Abdul Wahab akan mengambil keterangan dalam masa terdekat ini,” katanya.

Semalam, media melaporkan, polis masih mengesan Abdul Wahab bagi membantu siasatan berhubung kes rakaman video perbualan lucah kononnya membabitkan dirinya dan bekas Ketua Pengarah J-KOM Datuk Dr Mohammad Agus Yusoff.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN