UMT santuni mangsa banjir

UMT santuni mangsa banjir

IZANI Mohd Zain (tiga, kanan) bersama-sama pegawai Bahagian Hal Ehwal Pelajar dan Alumni serahkan sumbangan kepada pelajar terjejas banjir di kawasan Tok Jembal baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

Universiti Malaysia Terengganu (UMT) melalui Pejabat Hal Ehwal Pelajar dan Alumni (HEPA)baru-baru ini mengadakan sesi turun padang pada 23 November 2023 bagi menyantuni pelajar luar kampus, kakitangan UMT dan komuniti sekitar yang terkesan dan terjejas banjir yang berlaku baru-baru ini.

Kira-kira 100 pelajar luar kampus yang terkesan dan dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS) UMT di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Tengku Muhammad Ismail dan 100 kakitangan telah dipindahkan ke Pusat Pemindahan Sementara (PPS).

Sesi turun padang UMT yang diketuai oleh Ahli Lembaga Pengarah UMT (Wakil Masyarakat), Datuk Dr. Din Adam yang menyantuni pelajar luar kampus di beberapa lokasi rumah sewa pelajar dan turut bertanya khabar serta turut menghulurkan sumbangan daripada UMT.

Sementara itu, Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar dan Alumni UMT, Profesor Dr. Mohd Izani Mohd Zain turut turun padang bagi menyantuni pelajar, kakitangan dan komuniti setempat.-UTUSAN

 

 

 

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN