PONTIAN: UMNO masih berdiri teguh bersama Kerajaan Perpaduan walaupun Perikatan Nasional (PN) masih berusaha untuk menarik sokongan supaya mereka dapat membentuk kerajaan. Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Seri Ahmad Maslan berkata, tindakan berterusan oleh PN untuk menjatuhkan Kerajaan Perpaduan menunjukkan mereka begitu terdesak untuk menjadi kerajaan. Katanya, sekiranya 26 ahli parlimen UMNO menukar sokongan kepada PN, Kerajaan Perpaduan tetap tidak akan jatuh kerana masih mempunyai majoriti iaitu 121 kerusi.…










