Telefon bimbit ketua pengarah agensi kerajaaan dirampa

Gangguan seksual: Telefon bimbit ketua pengarah agensi kerajaaan dirampas

MOHD. SHUHAILY MOHD. ZAIN 
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis telah merakam keterangan tiga individu termasuk seorang ketua pengarah sebuah agensi kerajaan atas dakwaan terhadapnya membabit kes gangguan seksual.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Datuk Seri Mohd. Shuhaily Mohd. Zain berkata, keterangan pegawai kanan berkenaan diambil  kira-kira pukul 2.30 sehingga 4 petang semalam di Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya.

Kata beliau, proses berkenaan berlangsung selama dua jam. 

“Selain beliau, kita juga telah rakam keterangan pegadu dan pegawai khas kepada ketua pengarah berkenaan.

“Keterangan pegawai khas ketua pengarah itu diambil bagi mengesahkan terdapat pertemuan antara pengadu dan pegawai kanan berkenaan,” katanya dalam sidang akhbar di Bukit Aman di sini hari ini.

Kata Mohd. Shuhaily, pihaknya juga telah merampas telefon bimbit milik pegawai kanan berkenaan bagi siasatan lanjut.

Dalam pada itu, kata beliau, pihaknya sedang merangka untuk mengambil keterangan beberapa saksi membabitkan kes ini.

“Kita (polis) masih nak lengkapkan siasatan dan diminta semua agar hentikan sebarang spekulasi.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 507A Kanun Keseksaan, Seksyen 509 Kanun Keseksaan, Seksyen 292 Kanun Keseksaan dan Seksyen 14 Akta Kesalahan Kecil 1955,” jelasnya.

Sebelum itu, tular paparan laporan polis oleh seorang wanita berusia lingkungan 30-an yang juga perunding kewangan membuat mendakwa pegawai terbabit mengganggunya di WhatsApp sejak tahun lalu.

Berdasarkan laporan polis yang tular itu, wanita terbabit mendakwa pegawai terbabit mengganggu dengan perkongsian video dan perbualan lucah. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN