Tarian Red Bikini Miss Cosmoworld berlangsung di KL, esok

Tarian Red Bikini Miss Cosmoworld berlangsung di KL, esok

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Tarian Red Bikini & Catwalk antara cabaran yang perlu dilalui oleh peserta dari 25 negara sempena Miss Cosmoworld 2023 di sebuah hotel terkemuka di ibu negara, esok.

Pertandingan akhir yang melibatkan penyertaan peserta luar negara itu akan menguji kemahiran komunikasi menerusi sesi temubual peserta serta pelbagai kategori termasuk bakat dan kecantikan bagi menentukan pemenang yang layak ditakhtakan anugerah berkenaan.

“Pusingan akhir yang akan berlangsung esok bakal menyaksikan 25 peserta yang sudah melalui latihan intensif, kemahiran dan kelas kecantikan selama beberapa bulan.

“Pengasas Miss Cosmoworld yang merupakan model terkenal, Carrie Lee antara yang dilantik sebagai juri bagi menentukan pemenang yang layak berdasarkan kecerdikan, kecantikan dan personaliti mereka,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.

Kesemua peserta akan diuji melalui tiga pusingan termasuk pemakaian kostum yang mewakili negara masing-masing serta persembahan busana gaun labuh.

Pemenang yang bakal membawa pulang hadiah utama bernilai AS$100,000 (RM470,000) akan diumumkan sejurus pertandingan berakhir, esok malam.

Pertandingan berprestij itu bakal dirasmikan oleh Ketua Pengarah Tourism Malaysia, Datuk Dr. Ammar Abd Ghapar.

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya.