Tak selesa peminat menggedik, Aiman letak batas - Utusan Malaysia

Tak selesa peminat menggedik, Aiman letak batas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Aiman Tino mendedahkan masih terdapat segelintir peminat yang mencuba untuk rapat dan berkelakukan mesra secara melampau dengannya meskipun dia kini sudah bergelar suami orang.

Kongsi Aiman, dia mula rasa tidak selesa dengan kemesraan tersebut apatah lagi dalam pada masa sama perlu menjaga hati dan perasaan isterinya, Syarah Haifa.

“Ada peminat yang sedar saya ini suami orang. Maka, kalau dulu bole mesra berlebihan tetapi kini, tidak lagi. Cuma itulah, masih ada segelintir peminat yang cuba mendekati atau menggedik.

“Ada yang cuba pegang tangan walaupun isteri saya ada di sebelah. Kadang-kadang saya sendiri tidak selesa. Dalam pada masa sama, kena layan dengan baik.

“Pening juga ya. Tetapi bila ada peminat yang cuba terlalu rapat, isteri saya akan tegur secara diam. Dia juga mahu menjaga perasaan peminat-peminat yang lain,” katanya.

Aiman berkata demikian ketika ditemui di pelancaran restoran Ngam Ngam Neighbourhood di IOI City Mall 2 Putrajaya, semalam.

Bersyukur dikurniakan isteri yang memahami, Aiman bagaimanapun sedar sebagai suami, dia sendiri perlu menjaga batas dan meletakkan had dalam pergaulan dengan peminat.

“Saya sendiri kena ingatkan diri sendiri, saya ini suami orang dan hati isteri pelu dijaga. Tak boleh seperti dulu lagi. Lagipun, ada peminat yang hormat saya kerana isteri.

“Kami masih difasa mengenali dan perlu banyak bertolak ansur serta mengalah dengan isteri. Tipulah kalau semuanya manis-manis. Pernah tau saya tidur di luar dan isteri dalam bilik.

“Dia tengah marah ketika itu, jadi saya biarkan dia sejuk dulu. Baru pujuk. Dulu tengok aksi mak ayah, sekarang kena sendiri,” selorohnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN