Tabung Terengganu 'Aid4 Palestine 2.0' kumpul derma RM771,000 - Utusan Malaysia

Tabung Terengganu ‘Aid4 Palestine 2.0’ kumpul derma RM771,000

WAKIL agensi dan anak syarikat kerajaan negeri dan NGO bergambar selepas menyerahkan sumbangan kepada Ketua Pegawai Eksekutif CGM, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman (enam dari kanan) di Kuala Terengganu, hari ini. - UTUSAN/KAMALIZA KAMARUDDIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Tabung Terengganu ‘Aid4 Palestine 2.0’ yang dilancarkan pada akhir Oktober lalu berjaya mengumpul sebanyak RM771,000 hasil derma pelbagai pihak di negeri ini.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia, Sukan dan Badan Bukan Kerajaan (NGO), Hishamuddin Abdul Karim berkata, kutipan sumbangan itu telah diserahkan kepada sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) iaitu Cinta Gaza Malaysia (CGM).

“Sumbangan ini adalah tanda solidariti rakyat negeri Terengganu yang bersimpati dengan kesedihan yang dihadapi oleh penduduk Palestin khususnya di Gaza ketika ini.

“Terengganu akan sentiasa menyokong perjuangan rakyat Palestin dan semua sumbangan yang disalurkan ini diharap dapat membantu meringankan penderitaan mereka untuk membina semula kehidupan pasca perang,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita penyerahan sumbangan itu kepada Ketua Pegawai Eksekutif CGM, Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman di Wisma Darul Iman, di sini, hari ini.

Sumbangan tersebut melibatkan lebih daripada 40 agensi, 27 anak syarikat kerajaan negeri (GLC) dan 44 NGO di seluruh Terengganu termasuk bukan Islam.

Penyumbang terbesar ialah Terengganu Incorporated Sdn. Bhd. iaitu sebanyak RM50,000 diikuti beberapa GLC lain antara RM5,000 hingga RM30,000.

Tambahnya, kerajaan negeri sangat berterima kasih kepada semua penyumbang yang telah bekerja keras mengumpulkan dana itu melalui pelbagai program di seluruh Terengganu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya