RANTAU PANJANG: Di sebalik imej negatif Sungai Golok terutama melibatkan penyeludupan beras, minyak masak dan petrol, ia juga sebenarnya menjadi nadi utama ekonomi rakyat dua negara berjiran itu. Sempadan kedua-dua negara yang dipisahkan oleh Sungai Golok dengan kelebaran 40 meter itu hanya mengambil masa dua minit untuk menyeberanginya sama ada dengan sampan atau berjalan kaki semasa air surut pada musim kemarau. Keadaan itu menyebabkan urus niaga mudah dilakukan di kawasan…