Sudah cuba terbaik, Raf Yaakob reda dengan perceraian - Utusan Malaysia

Sudah cuba terbaik, Raf Yaakob reda dengan perceraian

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Tapi mungkin ini takdirnya”

Itu luahan bekas suami pelakon Mawar Rashid, Raf Yaakob di TikTok baru-baru ini.

Raf yang sebelum ini mengunci mulut soal perceraian, tampil berkongsi luahan hati di platform berkenaan.

“Maafkan diriku, sudah cuba yang terbaik untuk berbaik,” tulisnya.

Perkongsian itu dibuat menerusi sebuah video yang dimuat naik di platform itu.

Mawar dua hari lepas mengumumkan perceraiannya menerusi Instagram. Pelakon itu memaklumkan keputusan itu dibuat kerana tiada persefahaman..

Terdahulu, pasangan itu dilaporkan tidak hadir ke mahkamah syariah seperti dijadualkan.

Mawar atau nama sebenar, Wan Mawar Shaputri Wan Abdul Rashid dan Raf mendirikan rumah tangga pada 9 November 2017.

Mereka dikurniakan tiga cahaya mata, Raden Muhammad, 4, Raden Seri Rosabella Cinta, 2, dan Raden Seri Riyanna Sayang, 10 bulan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN