PETALING JAYA: Analisis Polis Diraja Malaysia (PDRM) mendapati, wanita berstatus isteri antara 810 mangsa yang terpedaya dengan penipuan Love Scam dengan kerugian mencecah RM38 juta sepanjang 10 bulan pertama tahun ini. Mengikut rekod Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, seramai 810 mangsa terdiri daripada 644 wanita dan 166 lelaki menjadi mangsa penipuan cinta dalam talian bagi tempoh terbabit. Bercakap kepada Utusan Malaysia, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman,…











