Sidang DUN: ‘Speaker tak boleh sewenang-wenangnya guna budi bicara’ - Utusan Malaysia

Sidang DUN: ‘Speaker tak boleh sewenang-wenangnya guna budi bicara’

Speaker
MOHAMED Azmin Ali membangkitkan Peraturan Tetap Mesyuarat 24(3) pada sidang DUN Selangor dalam Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama DUN Selangor Ke-15 2023, di Shah Alam, Selangor, hari ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SHAH ALAM: Ketua Pembangkang Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali menggesa Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Lau Weng San tidak menggunakan budi bicara dengan sewenang-wenangnya dalam mengeluarkan perintah atau petua ketika bersidang.

Ini kerana, bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Banting itu dikatakan bersikap tidak adil terhadap pembangkang negeri ini apabila tidak membenarkan soalan tambahan dikemukakan atas alasan isu bukan dibawa oleh ahli yang asal.

Mohamed Azmin berkata, speaker sepatutnya menilai merit pertanyaan tersebut yang dibangkitkan sebagai soalan tambahan kerana menyentuh hal berkaitan tragedi tanah runtuh di Jalan Batang Kali – Genting Highlands yang meragut 31 nyawa pada Disember tahun lalu.

“Maka sudah tentulah sebagai ahli dewan negeri kami ingin bertanyakan beberapa perkara tambahan di atas jawapan yang  diberikan exco kerana itu adalah isu kepentingan awam, rakyat Selangor.

“Tetapi, permintaan kami ditolak dan kami merasakan perkara ini tidak sewajarnya berlaku kerana kami bertindak di atas Peraturan Tetap Mesuarat 24(2) dan 24(3),” katanya dalam sidang akhbar, pada Sidang DUN Selangor, hari ini.

Tambah ADUN Hulu Kelang itu, beliau menyifatkan tindakan Weng San sebagai bertentangan dengan amalan dan kelaziman dalam parlimen di negara-negara Komanwel.

Terdahulu ketika sesi pertanyaan dalam Mesyuarat Kedua (Bajet) Penggal Pertama DUN Selangor Ke-15 2023, Exco Infrastruktur dan Pertanian, Izham Hashim menjawab perkembangan terkini insiden tanah runtuh di Batang Kali.

Pertanyaan tersebut dikemukakan oleh ADUN Kuala Kubu Bharu, Lee Kee Hiong (PH), namun beliau dilaporkan tidak hadir atas masalah kesihatan dan soalannya diambil oleh ADUN Bukit Gasing, R. Rajiv (PH).

Bagaimanapun, selepas soalan tersebut habis dijawab, Mohamed Azmin (PN) yang kemudian bangkit untuk mengajukan soalan tambahan diarahkan duduk oleh speaker sebelum meminta soalan seterusnya dibacakan.

Sehubungan itu, beliau  kemudian mempertikaikan tindakan speaker yang didakwa bertentangan dengan Peraturan Tetap Mesyuarat 24(2) dan 24(3) apabila melarang ADUN bertanya soalan tambahan.

“Saya pernah bangkitkan dalam perbahasan saya, sebarang perintah dikeluarkan oleh speaker mestilah melihat kepada amalan dan kelaziman majlis-majlis parlimen di negara-negara Komanwel.

“Saya juga ada pengalaman dalam Dewan Rakyat, yang mana setiap soalan yang dibangkitkan oleh mereka sebagai soalan asal dibenarkan untuk kemukakan soalan asal apatah lagi perkara yang melibatkan kepentingan awam, rakyat,” jelasnya.

Terdahulu, Utusan Malaysia melaporkan, Weng San dalam sidang akhbarnya lebih awal menjelaskan tindakannya menghalang soalan tambahan adalah atas budi bicaranya yang dalam masa sama mengelakkan wujud tren ADUN kirim soalan tanpa hadir ke Sidang DUN. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya