Semua masjid di Terengganu perlu baca Qunut Nazilah, solat hajat bermula Jumaat ini - Utusan Malaysia

Semua masjid di Terengganu perlu baca Qunut Nazilah, solat hajat bermula Jumaat ini

SEMUA masjid di Terengganu perlu mengadakan bacaan Qunut Nazilah setiap kali solat Jumaat dan solat hajat bermula Jumaat ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU: Semua masjid di Terengganu perlu mengadakan bacaan Qunut Nazilah setiap kali solat Jumaat dan solat hajat memohon diberikan keselamatan dan kesejahteraan kepada rakyat Palestin dan umat Islam di negara itu bermula Jumaat ini.

Pesuruhjaya Jabatan Hal Ehwal Agama Terengganu (JHEAT), M. Rozi Bidin berkata, arahan tersebut telah dimaklumkan kepada semua pegawai agama di lapan daerah dan pengerusi-pengerusi Jawatankuasa Masjid di seluruh Terengganu.

“Situasi di Palestin khususnya Gaza semakin teruk, kita memohon kepada Allah SWT agar memberikan keselamatan kepada umat Islam di sana,” katanya ketika dihubungi, di sini, hari ini.

Setakat ini, jumlah kematian akibat serangan berterusan rejim penjajah Israel yang semakin meningkat di Semenanjung Gaza sejak 7 Oktober lalu melonjak kepada 10,328 orang.

Pada sidang akhbar semalam, jurucakap Kementerian Kesihatan Palestin yang berpangkalan di Gaza, Ashraf al-Qudra, berkata antara yang terbunuh ialah 4,237 kanak-kanak dan 2,719 wanita.

Israel melancarkan serangan udara dan darat ke atas Semenanjung Gaza berikutan serangan rentas sempadan oleh Hamas pada 7 Oktober lalu.

Selain jumlah korban yang besar dan pemindahan besar-besaran, bekalan asas semakin berkurangan untuk 2.3 juta penduduk Gaza akibat pengepungan Israel. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya