Semangat tak luntur penghantar surat khabar

Semangat tak luntur penghantar surat khabar

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEKITAR tahun 90-an, menunggu penghantar surat khabar menggunakan motosikal atau basikal merupakan satu kelaziman, baik di bandar mahu pun di pinggir bandar.

Penghantar yang kebanyakannya bermotosikal atau berbasikal menjadikan pekerjaan itu sebagai mata pencarian utama walaupun keuntungannya hanya beberapa sen sahaja.

Ramai yang beroperasi di tepi jalan atau di kaki lima. Namun segelintir yang mempunyai modal, menggunakan kereta dan sanggup menyewa sudut kedai, menjual pelbagai surat khabar dan majalah.

Lim Way Yin, 71, egen pengedar surat khabar di Kajang sejak lebih 30 tahun lalu berkata, pada zaman kegemilangan akhbarbercetak, beliau mengedarkan lebih 9,000 naskhah pelbagai akhbar sehari.

“Ketika itu saya ada lebih daripada 20 vendor sekitar Kajang. Kini tinggal empat orang sahaja dan menjual purata 3,000 naskhah sehari
sahaja,” katanya.

Bagi Sharibudin Mohd Yunus, 73, yang menetap di Subang Jaya, beliau menempuh perjalanan pergi balik kira-kira 130 kilometer (km) sehari menghantar surat khabar kepada lebih 63 kiosk atau penjual akhbar di beberapa lokasi di Selangor, antaranya Semenyih, Kajang,
Bandar Baru Bangi dan Cheras.

Beliau terlibat sebagai penghantar tetap akhbar sejak 2013 selepas berhenti sebagai pengawal keselamatan di Petaling Jaya.

“Seawal 1 pagi, saya memulakan tugas menuju pusat pengumpulan akhbar di Subang.

“Saya mengumpul serta menyisihkan surat khabar mengikut pesanan penghantaran (DO) berjumlah lebih 1,000 naskhah.

“Kerja ini perlu dilakukan pantas berikutan akhbar kini bersaing dengan bahan berita digital.

“Kelambatan menyebabkan pelanggan tertunggutunggu atau sudah tidak mahu membeli akhbar, mengakibatkan bilangan surat
khabar tidak dijual (returned) meningkat,” katanya.

Warga emas ini turut mengambil semula surat khabar hari sebelumnya yang tidak dijual untuk dikembalikan kepada agen atau pencetak.

“Masyarakat dahulu membaca surat khabar kerana itulah sumber maklumat utama. Hari ini maklumat diperoleh daripada pelbagai sumber termasuk internert. Yang membaca akhbar bercetak pun berusia 50 tahun ke atas,” katanya yang hanya bercuti pada hari raya
pertama dan Deepavali kerana tiada akhbar dicetak pada hari perayaan itu.

Di Semenyih, Selangor, penjual surat khabar, Ravendran Pandugaran ketika ditemui berkata, pengedar hanya membekalkan kira-kira 50 ke 60 naskhah pelbagai akhbar setiap hari tetapi antara 20 ke 25 naskhah tidak dapat dijual dan dikembalikan.

Ini bermakna dalam sebulan beliau memperoleh kirakira RM150 sahaja komisen menjual akhbar.

Ravendran yang menjual surat khabar di sebuah pondok di tepi Jalan Semenyih berdekatan Bandar Rinching menambah, tidak seperti dahulu yang boleh menjual sehingga 300 naskhah sehari, komisen yang diperoleh juga hanya cukup untuk minum teh sahaja.

Namun beliau terus menjual suratkhabar kerana pekerjaan itu sudah sebati dengan jiwanya sejak 20 tahun lalu.

“Pendapatan menjual surat khabar tidak lagi dapat digunakan sepenuhnya untuk menyara hidup.

“Namun saya seronok kerana dapat bertemu dengan  pembaca atau pelanggan pelbagai bangsa yang kebanyakannya berusia 50
tahun ke atas,” katanya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya