Selepas Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus pula didakwa dilarang berceramah di Pulau Pinang - Utusan Malaysia

Selepas Kazim Elias, Ustaz Azhar Idrus pula didakwa dilarang berceramah di Pulau Pinang

USTAZ AZHAR IDRUS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

 

 

GEORGE TOWN: Selepas Ustaz Kazim Elias, seorang lagi penceramah tersohor iaitu Ustaz Azhar Idrus didakwa tidak dibenarkan menyampaikan kuliah agama di Pulau Pinang.

Perkara itu didedahkan Ketua Penerangan Pas Pulau Pinang, Muhammad Fawwaz Muhammad Jan yang turut mendesak Kerajaan Negeri Pulau Pinang mempertimbangkan semula keputusan penyekatan asatizah itu supaya keharmonian rakyat di negeri itu dipelihara.

Menurut beliau, Pas Pulau Pinang mengambil berat isu sekatan terhadap asatizah untuk menyampaikan kuliah di Pulau Pinang itu yang menggunakan alasan tauliah.

Sedangkan selama ini, jelasnya, masjid dan surau hidup dengan pengimarahan sambil dipantau oleh pihak Jabatan Agama Islam Pulau Pinang.

“Sekatan yang sebenarnya dilihat sangat berunsurkan politik terutamanya daripada pengajar-pengajar yang dikatakan cenderung kepada parti politik pembangkang menggambarkan satu keputusan yang sangat membangkitkan kemarahan rakyat negeri Pulau Pinang.

“Yang terbaru, pendakwah terkenal Ustaz Azhar Idrus pula menjadi mangsa ketidakbijakan pencatur politik apabila beliau disekat dari menyampaikan kuliah di tiga lokasi di Pulau Pinang,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Terdahulu bulan lalu, tular video pendakwah bebas, Datuk Mohd. Kazim Elias yang mengesahkan beliau telah menerima arahan tidak dibenarkan lagi memberi kuliah di Pulau Pinang selepas 33 tahun berceramah di negeri itu.

Ucapan beliau itu dipercayai dirakam selepas kuliah terakhir beliau di Masjid Al-Ittifaq Sungai Nibong Kecil, dekat sini hujung Oktober lalu.

Bagaimanapun ketika ditanya berhubung perkara itu, Timbalan Ketua Menteri I, Datuk Mohamad Abdul Hamid berkata, pihaknya tidak pernah mengeluarkan arahan untuk menghalang individu tertentu menyampaikan kuliah agama di negeri ini.

Sebaliknya beliau yang juga Pengerusi Jawatankuasa Agama Islam berkata, setiap larangan yang dikeluarkan adalah berdasarkan garis panduan dan pekeliling yang dikeluarkan oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Pulau Pinang (JHEAIPP).

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya