'Saya pernah dihina kulit muka macam durian' - Utusan Malaysia

‘Saya pernah dihina kulit muka macam durian’

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

VOKALIS kumpulan Saujana, Dr. Khairul Idzwan Baharin berkongsi pengalaman pedihnya bila dilabel dengan pelbagai gelaran hanya disebabkan jelapang wajahnya ditumbuhi jerawat sewaktu usianya belasan tahun lagi.

Katanya, sejak zaman sekolah, orang sekeliling pernah melabelkan raut wajahnya seperti kulit durian disebabkan jerawat yang banyak timbul.

“Saya pernah dihina, digelak dan dibanding-bandingkan raut wajah tidak selari seperti dalam gambar. Masa itu pula saya aktif dengan Saujana. Dengan raut wajah seperti itu, membuatkan saya hilang keyakinan diri.

“Jadi, saya ‘balas dendam’ dengan menyambung pengajian dalam bidang perubatan sebab hendak rawat muka sendiri,” katanya yang menyambung pengajian Ijazah Sarjana Muda Perubatan dan Pembedahan (MBBS) di International Medical University (IMU), Bukit Jalil, Kuala Lumpur.

Beliau yang kini merupakan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO), Cell Tissue Technology Sdn. Bhd. berkata, jika individu berdepan masalah kecantikan sehingga menyebabkan mereka berasa rendah diri, sewajarnya mereka mendapatkan rawatan.

“Pencegahan awal adalah lebih baik daripada merawat kulit muka yang sudah rosak.

“Kita juga dibebani kesalahan sekiranya membiarkan seseorang lelaki hilang keyakinan diri disebabkan kulit wajah yang kusam, muka berjerawat dan tidak bermaya.

“Jadi, mereka perlu mencari solusi dan tidak salah mengunjungi mana-mana spa untuk meremajakan kulit serta rawatan lain,” katanya kepada Utusan Malaysia. 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya