Saya bukan daripada keluarga senang - Yuna Rahim jual rempeyek - Utusan Malaysia

Saya bukan daripada keluarga senang – Yuna Rahim jual rempeyek

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pelakon, Yuna Rahim, 27, bangga bercerita mengenai perniagaan rempeyek kecil-kecilan yang diusahakannya dari rumah.

Jelas Yuna, sebenarnya sudah lama dia berhasrat membuka perniagaan sendiri, namun baru sekarang dia berani mengusahakan makanan di bawah jenama Yuna Cips berkat bantuan ayah yang juga seorang cef.

“Saya fikir kalau tidak mulakan sekarang, bila lagi? Saya bukan datang daripada keluarga yang senang.

“Ayah saya banyak beri bantuan dan nasihat memandangkan dia seorang cef yang sudah terlibat dalam industri makanan sejak umurnya 18 tahun,” katanya.

Yuna ditemui Utusan Malaysia di majlis santai media bersama pelakon Mystic Village di sebuah restoran baru-baru ini.

Bercerita mengenai proses awal peniagaan, Yuna memilih rempeyek kerana ia merupakan snek tempatan yang enak untuk diketengahkan.

Kini, walaupun baru sebulan mengusahakan rempeyek, sambutan sangat menggalakkan.

“Resepi saya dapatkan daripada kawan. Jika saya sibuk menjalani penggambaran, dia juga yang akan masak tempahan rempeyek untuk saya.

“Lagi pula orang tua suka rempeyek. Mereka yang banyak sokong saya,” katanya lagi.

Bercakap soal Mystic Village, Yuna berlakon sebagai Zuleikha berkata, drama tersebut menceritakan tentang seorang imam muda yang juga seorang pempengaruh menyelesaikan misteri di kampungnya.

Mystic Village ditayangkan pada Isnin jam 9 malam di saluran Astro 410.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN