Satu kehilangan besar - Zarul Umbrella - Utusan Malaysia

Satu kehilangan besar – Zarul Umbrella

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Penyanyi, Zarul Umbrella menyifatkan pemergian Shamsul Bakhtiar Zakaria atau Tia Jinbara sebagai satu kehilangan besar untuk industri hiburan tanah air.

Bukan sahaja berbakat, malah Zarul menganggap arwah sebagai insan berhati mulia yang disenangi ramai.

“Arwah rockers sejati, tapi hatinya lembut dan seorang yang sangat baik.

“Perkenalan kami tak lama, banyak bertembung dan berkongsi cerita sewaktu menjayakan program Gegar Vaganza musim tiga dan empat.

“Walaupun tak rapat, tapi arwah sentuh hati saya dengan kebaikannya,” katanya ketika dihubungi hari ini.

Tia menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 9.17 malam di hospital Shah Alam, semalam.

Allahyarham yang disahkan menghidap kanser hati dan sebelum ini dikejarkan ke hospital selepas mengadu sakit perut dan sukar bernafas.

Jenazahnya dikebumikan di Tanah Perkuburan Jalan Sungai Jati dekat Kampung Jawa pukul 10 pagi tadi.

Dalam masa yang sama, Zarul juga menyifatkan Allahyarham sebagai penyanyi hebat yang tiada galang gantinya.

“Arwah adalah penyanyi yang unik. Tak akan ada Tia Jinbara yang kedua,” ujarnya.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN