ALOR SETAR: Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor tidak meletakkan sebarang sasaran mahupun angan-angan untuk menjadi Perdana Menteri atau memegang apa-apa jawatan sepanjang karier politiknya. Menurut Ketua Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) dan Pas itu, segalanya adalah aturan Allah dan beliau turut menyerahkan perkara itu untuk diputuskan jemaah dalam partinya. Bagaimanapun katanya, beliau akan mencuba sehabis baik melaksanakan tanggungjawab sekiranya diberikan amanah oleh kepimpinan parti demi…