Ruang solat tambahan untuk pengunjung konsert Coldplay - Utusan Malaysia

Ruang solat tambahan untuk pengunjung konsert Coldplay

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Pihak pengurusan Stadium Nasional Bukit Jalil menyediakan ruang solat tambahan untuk memudahkan urusan ibadah pengunjung konsert Coldplay: Music of The Spheres World Tour beragama Islam.

Perkara itu dikongsikan menerusi sebuah video di platform ‘X’ yang dimuat naik menerusi akaun @stadiumMalaysia.

“Bagi memudahkan urusan penonton beragama Islam menunaikan solat fardu ketika menghadiri konsert Coldplay, Stadium Nasional, mengambil langkah proaktif dengan menyediakan ruang solat tambahan yang terletak di pintu masuk,” tulis mereka.

Dalam pada itu, pembeli  tiket ‘seated’ dibenarkan membawa botol dan mengambil air di mesin yang disediakan.

Terdahulu, Coldplay dilaporkan tiba di Malaysia sejak semalam. Dalam pada itu, seramai 85,000 penonton dijangka membanjiri stadium sempena konsert malam ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN