PONTIAN: Kira-kira 2,000 orang menghadiri Himpunan Pontian With Palestine di Dataran Majlis Perbandaran Pontian (MPPn) di sini petang semalam sebagai tanda sokongan kepada perjuangan rakyat Palestin.
Sempena himpunan tersebut, RM14,703.10 berjaya dikumpul hasil sumbangan orang ramai yang hadir dalam program tersebut.
Program dianjurkan Pertubuhan Amal Kebajikan Daerah Pontian (Pakat) yang turut disertai 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang menyokong perjuangan rakyat Palestin.
Pengerusi Pakat Pontian, Samsudin Jaafar berkata, sumbangan yang diterima tersebut akan diserahkan kepada Persatuan Cinta Gaza untuk disalurkan kepada rakyat Palestin.
Katanya, turut hadir dalam perhimpunan tersebut, Pesuruhjaya Pas Johor, Abdullah Hussien dan wakil Proklamasi Orang Melayu Johor, Hairy Mahmood. – UTUSAN










