Ramai pekerja enggan lapor isu kesihatan mental, bimbang dipanggil ‘orang gila’

Ramai pekerja enggan lapor isu kesihatan mental, bimbang dipanggil ‘orang gila’

V. SIVAKUMAR dan Zaliha Mustafa melakukan gimik pelancaran Program Minda Sihat Hidup Sejahtera di NIOSH, Bangi Selangor. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR/
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BANGI: Kementerian Sumber Manusia (KSM) melahirkan kebimbangan apabila tidak ramai pekerja tampil melaporkan isu kesihatan mental sehingga menjejaskan produktiviti mereka.

Menterinya, V. Sivakumar malah mendedahkan, hanya satu kes psikososial dilaporkan di seluruh negara pada tahun lalu berdasarkan Statistik Penyakit Pekerjaan Negara 2022.

“Saya terkejut tetapi realitinya banyak kes tidak dilaporkan atas pelbagai sebab terutama bimbang stigma dipanggil sebagai orang gila,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Minda Sihat Hidup Sejahtera di Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH), di sini hari ini

Yang turut hadir Menteri Kesihatan, Dr. Zaliha Mustafa pada program itu dianjurkan bersama Pusat Kecemerlangan Kesihatan Mental Kebangsaan (NCEMH) bersempena Hari Kesihatan Mental Sedunia diraikan 10 Oktober setiap tahun.

Pada acara itu, mereka turut menyaksikan sesi pemeteraian memorandum persefahaman antara NIOSH dengan NCEMH untuk pengukuhan kesihatan mental pekerja di Malaysia.

Mengulas lanjut, Sivakumar berkata, pihak KSM tetap mengambil serius isu berkenaan yang lazim berlaku di tempat kerja dengan mewujudkan polisi lebih jelas berkaitan isu kesihatan mental di bawah Dasar Sumber Manusia Negara yang akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Beliau menegaskan, banyak kajian pakar mendedahkan bahawa isu kesihatan mental boleh menjejaskan kualiti pekerjaan apabila ada pekerja enggan hadir atau tiada minat bekerja.

Meskipun banyak program kesedaran dilaksanakan oleh majikan, kes tekanan psikososial jelas Sivakumar, sebenarnya masih tinggi kerana kurang usaha intervensi peringkat awal.

“Justeru, demi mengatasi cabaran sebegini, NIOSH ada beberapa skim inisiatif termasuk Program Bantuan Pekerja bagi bantu mengenal pasti masalah kesihatan mental,” katanya.

Modul ditawarkan itu jelasnya, meliputi sokongan rakan sekerja, terapi santai dengan alat realiti maya, analisis gelombang otak selain sesi kaunseling berkumpulan atau individu.

Pada masa sama, NIOSH ada menyediakan geran projek penyelidikan komprehensif yang bakal siap tahun depan untuk mengenal pasti kaedah terbaik pengurusan tekanan kerja selaras dengan Pelan Strategik Kesihatan Mental Kebangsaan 2020-2025. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya