PETALING JAYA: Penduduk Palestin yang selamat semakin sengsara apabila mereka bukan sahaja terpaksa hidup berhimpit 60 hingga 70 orang dalam sesebuah rumah tetapi turut diancam kebuluran apabila kekurangan bekalan makanan. Sejak serangan Israel ke atas Semenanjung Gaza pada 7 Oktober lalu menyebabkan lebih 50 peratus rumah-rumah dan infrastruktur di kawasan tersebut musnah. Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia (CGM), Muhammad Nadir Al-Nuri berkata, disebabkan separuh penduduk hilang rumah, mereka kini…