Qisya Hairulzain sahut cabaran watak pekak - Utusan Malaysia

Qisya Hairulzain sahut cabaran watak pekak

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Pelakon cilik, Qisya Hairulzain teruja berkongsi pengalaman melakonkan watak Kit yang merupakan seorang kana-kanak pekak dalam filem, MagiK yang bakal menjengah ke pawagan bermula 30 November depan.

Kongsi Qisya yang juga anak kepada pelakon, Amanda Misbun itu, dia tidak dapat menyembunyikan perasaan gementar membawakan watak Kit yang memerlukan dia mempelajari bahasa isyarat.

“Pada mulanya, saya berasa gementar untuk melakonkan watak Kit. Namun, ia menjadi mudah apabila pengarah, menjadikan filem Disney kegemaran saya, Frozen sebagai contoh. Kit ini istimewa kerana boleh berkomunikasi dengan kelip-kelip.

“Saya berasa kagum dengan jalan cerita filem ini yang memaparkan kisah kanak-kanak pekak yang boleh berkomunikasi dengan kelip-kelip.

“Pengarah juga banyak membantu saya menjiwai babak dengan kelip-kelip ‘khayalan‘ yang turut menampilkan sentuhan Imej Janaan Komputer (CGI),”katanya.

Dalam pada itu, berkongsi pengalaman belajar bahasa isyarat dengan Bea Tanaka yang juga bekas guru pendidikan khas OKU pendengaran, kata Qisya, proses pembelajaran itu sangat mudah dan menyeronokkan.

“Melakonkan watak sebagai kanak-kanak pekak juga mudah kerana saya tidak perlu menghafal sebarang dialog.

“Watak Kit juga sangat dekat dengan alam semula jadi, saya pula berasal dari bandar. Itu pastinya berdepan cabaran ketika penggambaran di sungai dan dalam hutan. Penggambaran di sungai lebih mencabar kerana dilakukan pada waktu malam yang gelap.

“Saya juga berasa takut akan terjatuh ke dalam sungai tetapi ada anggota bomba di sana untuk menjaga keselamatan pelakon,” katanya.

Qisya turut menyertai tayangan khas filem magiK bersama penonton OKU pendengaran di YMCA Kuala Lumpur, baru-baru ini.

Filem magiK arahan pengarah dari Jepun, Yasu Tanaka turut menampilkan pelakon terkenal tanah air seperti Beto Kusyairy, Nadia Aqilah, Nam Ron, Ruminah Sidek, Roy Azman dan Kamarul Eqifshah.

Filem itu akan menemui penonton di seluruh pawagam tanah air bermula 30 November ini.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya