Pulau Pinang rekod hasil pengeluaran padi tertinggi 6 tahun

Pulau Pinang rekod hasil pengeluaran padi tertinggi 6 tahun berturut-turut

PULAU Pinang merekodkan hasil pengeluaran padi tertinggi selama enam tahun berturut-turut.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GEORGE TOWN: Hasil purata pe­ngeluaran padi di Pulau Pinang adalah yang tertinggi di dalam negara ini selama enam tahun berturut-turut sejak 2018 sehingga kini.

Pengerusi Jawatankuasa Agro­­teknologi dan Keterjaminan Makanan, Pembangunan Koperasi negeri, Fahmi Zainol berkata, wa­laupun kawasan tanaman se­panjang tahun semakin me­ngecil, Pulau Pinang masih me­ngekalkan tempat pertama dari segi pengeluaran hasil tahunan secara pukal.

“Jangan disangka negeri yang kecil ini tidak mampu ber­saing dengan negeri-negeri yang berkeluasan jauh lebih besar.

FAHMI ZAINOL

“Sektor penanaman padi kita telah berjaya membuahkan ha­sil sebanyak RM190.8 juta pada tahun 2022,” katanya dalam sesi penggulungan sidang Dewan Un­dangan Negeri (DUN) Pulau Pinang, semalam.

Menurut Fahmi (PKR-Pantai Jerejak), pengeluaran hasil yang tinggi itu mampu dicapai melalui inisiatif kerajaan negeri yang menyalurkan insentif dan bantuan dalam pelbagai bentuk.

Pada tahun ini misalnya, ujar beliau, kerajaan negeri telah menyalurkan peruntukan berjumlah RM500,000 kepada Ja­batan Pertanian di bawah Projek Pembangunan Tanaman Padi ba­gi membantu pesawah padi untuk kekal produktif.

“Peruntukan tambahan seba­nyak RM440,000 telah disa­lur­kan kepada Jabatan Pertanian dalam usaha membasmi penularan keladi agas dan rumpai dalam petak sawah,” katanya.

Dalam pada itu, tambah beliau, Pulau Pinang turut me­nyumbang kepada pengeluaran hasil akuakultur tertinggi dalam negara dengan nilai keseluruhan berjumlah RM681.2 juta tahun lalu.

“Secara keseluruhannya, se­­banyak RM1.18 bilion hasil di­peroleh melalui sektor perikanan di Pulau Pinang bagi tahun lalu, malah, Pulau Pinang berada di tempat kedua dalam hasil tangkapan laut,” katanya.

Selain itu, katanya, Jabatan Perikanan juga akan memantapkan lagi industri tuna di Pulau Pinang dengan sasaran sebanyak 3,000 tan metrik ikan tuna akan dibawa dari Lautan Hindi melalui pendaratan ke Pelabuhan Pulau Pinang di Dermaga Air Dalam, Butterworth menjelang tahun depan.

“Pulau Pinang juga merupakan lokasi yang digazetkan sebagai pelabuhan tuna selain di Langkawi,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN