PRK Kemaman: Pertarungan sengit BN, Pas - Utusan Malaysia

PRK Kemaman: Pertarungan sengit BN, Pas

RAJA Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor dan Ahmad Samsuri mengangkat tangan selepas diisytiharkan sebagai calon PRK Parlimen Kemaman di Chukai, Kemaman, hari ini. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kemaman pada 2 Disember ini bakal menyaksikan pertembungan sengit satu lawan antara calon Barisan Nasional (BN) dan Pas.

Dua calon tersebut ialah bekas Panglima Angkatan Tentera Malaysia, Jeneral (B) Tan Sri Raja Mohamed Affandi Raja Mohamed Noor yang mewakili BN dan Menteri besar Terengganu, Datuk Seri Dr. Ahmad Samsuri pula Pas.

Pengumuman tamat penyerahan borang penamaan calon diumumkan Pegawai Pengurus Bahagian Pilihan Raya Kecil Kemaman, Ahmad Farhan Abdul Wahab di  Dewan Berlian, Majlis Perbandaran Kemaman di sini pukul 10 .15 pagi tadi

Terdahulu, Ahmad Samsuri bersama pencadangnya, Che Alias Hamid dan penyokongnya, Hanafiah Mat tiba di pekarangan pusat pencalonan kira-kira pukul 8.30 pagi.

Raja Affandi pula bersama pencadangnya iaitu bekas Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said dan penyokongnya, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tiba kira-kira pukul 8.50 pagi.

Ahmad Samsuri menyerahkan borang pencalonan kira-kira pukul 9.04 pagi diikuti, Raja Mohamed Affandi 9.08 pagi.

Lebih 3,000 penyokong kesemua parti yang membawa sepanduk dan bendera masing-masing kekal tenang sementara menunggu calon masing-masing selesai membuat penyerahan borang.

Seramai 141,790 pengundi layak menunaikan tanggungjawab masing-masing dalam PRK itu termasuk 387 anggota polis, sembilan anggota tentera dan pasangan serta 12 pengundi Tidak Hadir Luar Negara.

PRK Kemaman diadakan susulan Mahkamah Pilihanraya Terengganu membatalkan kemenangan Alias pada 26 September lalu.

Pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) lalu, Alias Che Hamid dari Pas menang dengan majoriti 27,179 undi dengan meraih 65,714 undi dalam pertarungan empat penjuru.

Alias berjaya menewaskan calon Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Said yang meraih 38,535 undi dan dua calon lain iaitu calon Pakatan Harapan (PH), Hasuni Sudin yang mendapat 8,340 undi manakala calon Pejuang, Rosli Ab Ghani hanya memperoleh 506 undian. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya