Polis rekod 95 kes pecah amanah babit peguam dengan kerugian

Polis rekod 95 kes pecah amanah babit peguam dengan kerugian RM98.7 juta

Ramli Mohamed Yoosuf
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Polis merekodkan sebanyak 95 kes pecah amanah membabitkan peguam dengan kerugian RM98.7 juta sejak tahun 2021.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Seri Ramli Mohamed Yoosuf berkata, daripada jumlah itu, 72 kes masih dalam siasatan, lima kes dituduh, manakala 18 kes diputuskan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

“Berdasarkan statistik yang diperoleh daripada Badan Peguam Malaysia (www.malaysianbar.org.my), jumlah peguam yang berdaftar bagi tahun 2023 adalah seramai 21,570 orang. 

“Jadi, jika dibandingkan dengan 95 kes yang direkodkan, hanya 0.4 peratus peguam yang mencemarkan nama baik profesion ini. Walaupun peratusan ini kecil, namun, perlakuan jenayah oleh golongan ini amat dikesali,” katanya dalam sidang akhbar di Menara KPJ di sini hari ini.

Beliau berkata, peguam adalah satu profesion yang amat sinonim dengan peranan untuk  memelihara sistem keadilan selaras dengan peruntukan undang-undang. 

Justeru, beliau mengingatkan kepada semua peguam agar sentiasa memelihara  kepentingan anak guam yang meletakkan harapan yang tinggi agar masalah mereka dapat dibela. 

“Selaku pengamal undang-undang, peguam seharusnya sentiasa bertindak jujur dan berintegriti dalam apa jua tindakan yang dilakukan,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya