Polis kesan peniaga kuih bantu siasatan kes rogol - Utusan Malaysia

Polis kesan peniaga kuih bantu siasatan kes rogol

MOHD. Arifin Syafie dikesan polis bagi membantu kes rogol di Kemaman, Terengganu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN: Polis sedang mengesan seorang peniaga kuih di Chukai di sini bagi membantu siasatan kes rogol di daerah ini. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Hanyan Ramlan berkata, lelaki tersebut, Mohd Arifin Syafie, 56, disyaki terlibat dalam kes rogol di sini, baru-baru ini.

“Kita telah mengesan suspek di sekitar daerah ini termasuk mencari di kediamannya di Jalan Dato’, Kampung Gong Pauh, Chukai, namun tidak berhasil. 

“Kita percaya suspek telah menyembunyikan diri di luar Terengganu selepas mengetahui dia dikehendaki polis,” katanya kepada pemberita di sini, hari ini. 

Hanyan memberitahu, kes tersebut disiasat di bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.

Beliau berkata, pihaknya meminta kerjasama daripada orang ramai serta ahli keluarga suspek untuk memberikan kerjasama kepada pihak polis dan tampil menyalurkan maklumat berkenaan suspek.

Menurutnya, orang ramai yang mengenali dan mengetahui di mana suspek berada boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Inspektor Mohamad Azmi Abdul Aziz di talian 014-5451969 atau menghubungi balai polis berhampiran. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya