Polis cari lelaki tayang ‘kemaluan’ atas motosikal

Polis cari lelaki tayang ‘kemaluan’ atas motosikal

TANGKAP layar seorang lelaki yang menayangkan kemaluannya sambil menunggang motosikal di Simpang Renggam yang tular dalam laman sesawang Facebook baru-baru ini.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KLUANG: Seorang lelaki yang berkelakuan tidak senonoh dengan menayangkan kemaluannya sambil menunggang motosikal di Simpang Renggam pada 23 November baru-baru ini.

Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd. Noh berkata, kejadian dipercayai berlaku kira-kira pukul 1.15 petang menerusi satu video berdurasi 42 saat yang tular dalam laman sesawang Facebook.

Katanya, video itu memaparkan lelaki berkenaan sedang melakukan kelakuan tidak senonoh dan duduk di atas motosikal.

“Kejadian dipercayai berlaku di sekitar pekan Simpang Renggam,” katanya melalui kenyataan hari ini.

Menurut Bahrin lagi, orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan lelaki berkenaan diharap tampil untuk menyalurkannya di mana-mana balai polis berdekatan.

Ujarnya, kes akan disiasat mengikut Seksyen 377D Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara sehingga dua tahun jika sabit kesalahan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN