Pertahan undang-undang syariah fardhu ain -Abdul Hadi

Pertahan undang-undang syariah fardhu ain -Abdul Hadi

ABDUL HADI AWANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Mempertahankan undang-undang syariah menjadi fardhu ain bagi orang Islam, kata Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang. 

Justeru, Abdul Hadi menyeru semua pihak untuk sama-sama turun ke Himpunan Selamatkan Syariah yang berlangsung di hadapan Istana Kehakiman, Putrajaya, pukul 9 pagi, Isnin depan. 

“Kita menghadapi satu cabaran iaitu terdapat golongan yang mencabar undang-undang syariat yang sedia ada. 

“Walaupun yang sedia ada itu tidak sempurna, tetapi menjadi sebahagian daripada kedudukan Islam yang wajib dipertahankan,” katanya menerusi hantaran di Facebook. 

Sebelum ini media melaporkan, Mahkamah Persekutuan pada 25 Februari 2021 sebulat suara membenarkan Iki Putra mencabar keabsahan Seksyen 28 Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 berhubung kesalahan seks luar tabii. 

Sementara itu, Nik Elin Zurina Nik Abdul Rashid dan anaknya Tengku Yasmin Nastasha Tengku Abdul Rahman memohon Mahkamah Persekutuan mengisytiharkan supaya 20 seksyen kesalahan jenayah syariah dalam Enakmen Kanun Jenayah Syariah (I) Kelantan 2019 terbatal dan tidak sah. 

Mahkamah Persekutuan menetapkan 20 November ini bagi menyambung pendengaran petisyen tersebut.

Mengulas lanjut, Abdul Hadi menyifatkan undang-undang syariah merupakan sebuah perkara yang tidak berani disentuh oleh British kerana berkait dengan jati diri orang Islam. 

“Tiba-tiba kita menghadapi satu keadaan yang muncul kalangan orang Islam sendiri yang dipergunakan atau kerana kejahilannya mencabar beberapa akta dalam syariah. 

“Kita kena sedar bahawa syariah kepada kita adalah kebal…tidak boleh dipertikaikan, wajib fardhu ain bagi orang Islam mempertahankan bila Islam dicabar,” katanya. -UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN