Penjawat awam Sabah terima bantuan khas kewangan RM2,000

Penjawat awam Sabah terima bantuan khas kewangan RM2,000

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA KINABALU: Kerajaan negeri Sabah mengumumkan pemberian bantuan khas kewangan sebanyak RM2,000 kepada semua penjawat awam negeri termasuk penjawat awam sementara, kontrak dan pekerja sambilan harian. 

Menteri Kewangan, Datuk Seri Masidi Manjun mengumumkan perkara itu dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2024 di Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah hari ini.

Beliau berkata, pemberian khas itu selaras dengan pengumuman kerajaan Persekutuan.

“Bayaran khas kewangan ini akan dibayar secara dua kali iaitu RM1,000 dibayar pada bulan Januari 2024 dan RM1,000 lagi dibayar menjelang Hari Raya Aidilfitri 2024,” katanya.

Masidi berkata, pemberian bantuan khas itu sebagai tanda penghargaan atas komitmen dan usaha para penjawat awam dalam menggalas tugas yang telah diamanahkan demi keharmonian dan kesejahteraan rakyat. 

Beliau berharap insentif tersebut akan memberi suntikan semangat kepada para penjawat awam negeri untuk terus bersemangat dan berusaha dengan lebih gigih lagi demi meningkatkan mutu penyampaian perkhidmatan awam kepada rakyat. –UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN