Penghantaran pertama 20 tan untuk Gaza berlepas malam ini

Penghantaran pertama 20 tan untuk Gaza berlepas malam ini

PERLEPASAN penghantaran bantuan kemanusiaan pertama Op Ihsan di KLIA. - UTUSAN/FAIZ ALIF ZUBIR
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SEPANG: Setelah tertangguh hampir seminggu, kumpulan pertama bantuan Malaysia untuk Gaza akhirnya dihantar menerusi satu penerbangan sewa khas lewat malam ini.

Ia melibatkan pelbagai barangan berjumlah 20 tan daripada keseluruhan 50 tan yang berjaya dikumpul 44 buah badan bukan kerajaan (NGO) tempatan menerusi Ops Ihsan.

Tinjauan Utusan Malaysia di terminal kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di sini mendapati kerja-kerja pemunggahan bermula pukul 9 malam tadi.

Kesemua barangan tersebut diangkut sebuah pesawat Boeing 737-81Q milik syarikat kargo udara tempatan, World Cargo Airline Sdn. Bhd. dengan plat pendaftaran 9M-WCA.

Acara pelepasan berkenaan disempurnakan oleh Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi dan disaksikan Menteri Luar, Datuk Seri Dr. Zambry Abdul Kadir.

Secara keseluruhan, kesemua barangan untuk misi bantuan itu bernilai hampir RM7 juta dan Ops Ihsan yang dilancarkan bulan lalu turut disokong oleh pihak Kementerian Luar.

Penghantaran kali kedua dijadualkan pada minggu depan dan sumbangan ini diterbangkan terus ke Al-Arish, Mesir sebelum dibawa pula dengan sejumlah trak ke wilayah Gaza.

Barangan kemanusiaan itu akan diserahkan kepada pihak Persatuan Bulan Sabit Merah Mesir sebagai rakan kerjasama yang menyelia penghantaran melalui sempadan Rafah.

Sekretariat Ops Ihsan yang dikendalikan Global Peace Mission dan NGO negara ini mula dibentuk ekoran serangan berdarah balas dendam askar rejim Israel pada 7 Oktober lalu. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya